Search This Blog

If you've discovered a dead link report it, please. I'll reup everything.

Currently struggling with my new commitment. Head-cracking task non-stop ruining my life and mood.

histeria SMK Tanjung Lumpur berlarutan


KUANTAN - "Dalam keadaan separuh sedar, saya nampak nenek kebayan tua berbaju kuning dan berkain batik cuba memegang tangan saya."

Begitu cerita Siti Mahirah Samsudin, 14, salah seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur ketika mengimbas kembali detik diserang histeria di sekolah itu semalam.


Tambah Siti Mahirah, ketika itu dia merasakan 'bagaikan ada makhluk halus yang menyerap ke badannya.'

Dia lantas terasa pening dan terlihat beberapa makhluk hodoh berwarna hitam bersaiz kecil dan besar bermain di kakinya.

"Nenek kebayan itu pernah memperkenalkan dirinya sebagai orang bunian dan berusia 220 tahun, ketika berada dekat, dia sering menjerit ke telinga saya supaya pergi dari kawasan sekolah ini.

"Selain itu, sebaik sahaja memasuki tubuh, terus saya berasa sakit di beberapa bahagian sendi lalu membongkok seperti sudah tua serta tangan kejang seakanakan memegang tongkat," dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumah datuknya di Bukit Sekilau, di sini semalam.

Pelajar tingkatan dua yang merupakan anak kedua daripada lima beradik ini memberitahu, selain nenek kebayan itu, beliau mendakwa turut dapat melihat ratusan lagi makhluk halus di dalam kelas dan sekeliling sekolah itu ketika diganggu.

"Makhluk halus itu ada pelbagai rupa tetapi kebanyakannya berwarna hitam gelap sehinggakan tak nampak wajah sebenar, mereka juga bukan setakat boleh berjalan malah ada sesetengahnya mampu terbang.

"Antara makhluk paling gerun saya lihat ialah monyet besar yang memiliki tangan panjang sebelah, makhluk berbulu lebat dan kanak-kanak kecil berkulit hitam legam," jelasnya.

Bagaimanapun, apa yang menghairankannya, segala kesakitan itu hilang serta-merta sebaik melepasi pintu pagar sekolah walaupun ada sesetengah kawannya didampingi sehingga pulang ke rumah.

Seorang lagi mangsa, Nurul Fatihah Mohd. Amran, 14, mengakui dia berasa semput dan sesak nafas setiap kali makhluk halus terbabit cuba keluar dari tubuhnya.

"Hari ini (semalam) lebih kurang 30 orang pelajar termasuk saya yang mengalami gangguan makhluk halus ini dan lebih mengerikan, jelmaan makhluk halus terbabit terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi sejak saya terkena Jun lalu.

"Kadang kala memang rasa takut untuk ke sekolah, tetapi saya cekalkan hati untuk meneruskan pelajaran kerana rasa rugi jika tak hadir walaupun menghadapi dugaan ini," ujarnya.

2 comments:

anak ahmad no3 said...

boleh pulak ingat eik apa jd masa kena rasuk

my log said...

ahakz.. tu farah kena tanya tuan punya diri yg kena rasuk. rasanya dia pun tak tau apa yg dia buat. org yg nengok ajer yg tau