Search This Blog

If you've discovered a dead link report it, please. I'll reup everything.

Currently struggling with my new commitment. Head-cracking task non-stop ruining my life and mood.

'Datuk' bantu atasi kejadian histeria

KUANTAN - Seorang pengamal perubatan tradisional terkenal di negeri ini dijangka membantu mengatasi masalah serangan histeria yang membelenggu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, pengamal perubatan tradisional terkenal dari Kuala Lipis itu dan terkenal dengan panggilan 'Datuk' itu telah menyatakan persetujuan untuk membantu.

"Ini satu ikhtiar kita untuk memulihkan semula SMK Tanjung Lumpur,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Akhbar kelmarin melaporkan SMK Tanjung Lumpur diselubungi misteri apabila sebilangan pelajar perempuannya dan guru wanita diserang histeria hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu.

Mengulas lanjut, Wan Adnan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri berkata, pengamal perubatan tradisional tersebut dikatakan berjaya menangani masalah yang sama di sebuah sekolah di Kuala Lipis tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada pembinaan bangunan tambahan di atas tapak baru yang bersemak-samun di luar pagar sekolah.

Ia sejajar dengan pandangan beberapa penduduk yang mendakwa pelajar dan guru mula diserang histeria selepas kawasan semak belakang sekolah itu diratakan untuk projek berkenaan.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, suasana di tapak projek bangunan tiga tingkat yang akan menempatkan makmal sains itu sunyi sepi berikutan cuti umum semalam.

kosmo.com.my(28/7/08)
Komen Blogger:
Awat tak dibagitau ajer sapa 'Datok' tu. Tah2 abg seekerz. Tak kisah la sapa pun, tapi biar asalkan caranya betul. Betul camner tu sendiri mau reti. InsyaAllah sume slamat

0 comments: