Search This Blog

If you've discovered a dead link report it, please. I'll reup everything.

Currently struggling with my new commitment. Head-cracking task non-stop ruining my life and mood.

Suami isteri didakwa terima deposit haram RM222 juta


KUALA LUMPUR 28 Julai – Selepas didakwa atas 189 tuduhan terlibat dalam penggubahan wang haram berjumlah hampir RM170 juta di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Rabu lalu, sepasang suami isteri hari ini dituduh pula menerima deposit tanpa lesen melibatkan pelaburan sebanyak RM222 juta di Mahkamah Sesyen di sini.

Jailani Jabar, 48, dan Latifah Taib, 47, yang didakwa melakukan perbuatan itu melalui syarikat pelaburan milik mereka, Jai Network Systems Sdn. Bhd., ....mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim S.M. Komathy Suppiah.

Jailani yang merupakan pemilik pusat motivasi dituduh menerima deposit daripada pendeposit tanpa memiliki lesen yang sah di premis No. 474, Jalan Beserah, Kuantan, Pahang antara 1 Januari 2007 dan 17 Julai 2007.

Pengarah Urusan Jai Network Systems itu turut menghadapi satu lagi pertuduhan serupa sebagai individu yang bertanggungjawab bagi hal ehwal syarikat itu.

Sementara itu, Latifah selaku orang yang turut menguruskan syarikat itu juga didakwa menerima deposit-deposit daripada pendeposit yang sama.

Bagi setiap pertuduhan, mereka didakwa di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Jika disabitkan kesalahan, pasangan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Pegawai pendakwa dari Bank Negara, S. Ganeson menawarkan jaminan RM5 juta bagi Jailani dan Latifah atas alasan ia bersesuaian dengan peruntukan hukuman selain kesalahan tersebut melibatkan jumlah pelaburan yang tinggi.

Peguam V. Kumaresan, bagaimanapun, memohon jumlah jaminan tersebut dikurangkan kerana pasangan itu terpaksa meminjam daripada saudara-mara selepas segala aset mereka dibekukan oleh Bank Negara sejak setahun lalu.

Menurut beliau, selain menyara Latifah dan empat anak yang masih belajar, Jailani juga mempunyai dua lagi isteri dan 10 orang anak termasuk seorang bayi yang berusia empat hari.

Selepas meminta keempat-empat anak Latifah yang hadir berdiri untuk dikenal pasti, Komathy membenarkan wanita itu dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin.

Wang jaminan Jailani pula ditetapkan RM1 juta dengan dua orang penjamin selain pasport kedua-duanya perlu diserahkan kepada mahkamah.

Hakim Komathy turut memerintahkan kedua-dua tertuduh melapor diri di balai polis terdekat pada setiap bulan dan menetapkan 29 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu.

Terdahulu, Jailani dan Latifah yang berada dalam tahanan dibawa masuk ke mahkamah dalam keadaan bergari dari Penjara Kajang dekat sini.

Sebaik masuk dan duduk di dalam kandang tertuduh, Latifah dilihat berpaling ke galeri awam sambil tersenyum dan melayangkan ciuman kepada anak-anaknya.

Bagaimanapun, sepanjang prosiding, Latifah dilihat turut mengesat air mata apabila melihat beberapa orang yang hadir tidak dapat menahan tangisan.

Sebaik mahkamah bersurai, kelihatan anak-anak pasangan itu serta saudara-mara yang memenuhi galeri awam meluru ke arah mereka sebelum memeluk kedua-duanya sambil menangis.

Pada petang Rabu lalu, pasangan itu didakwa di tiga buah Mahkamah Sesyen di Kuantan atas 189 pertuduhan terlibat dalam penggubahan wang haram bernilai hampir RM170 juta.

Mahkamah membenarkan Jailani dibebaskan dengan ikat jamin RM848,000, sementara Latifah sejumlah RM415,000.

Bagaimanapun kedua-duanya berada dalam tahanan sejak lima hari lalu kerana gagal mengemukakan wang jaminan tersebut.
utusan.com.my(29/7/08)
Komen Blogger:
Time masa blaja dulu, mmg hampir2 nak join group nih. Manis mulut+skali dgn pemerhatian (yg mai tu pakai keta br siap diwar2kan student paling kaya kat campus even pi kuliah pun pakai baju stromberg, nak promote la tu), tu yg buat hati kata mcm menarik je. Tp tah camner time tu fulus takder. pastu mikirkan blk jenis MLM, so tangguh dulu. Tub2 dgr citer akaun depa kena block. Fuhh.. nasib. Tapi apa pun kesian la gak. So sesapa yg simpati sila la sign petition depa nih, mana tau blh bantu hidupkan blk keceriaan depa.. Petition Bebaskan Jai Network Systems

4 comments:

eleven said...

hmm, naseb badan, senang dpt, senang pergi, don't get me wrong, aku x kata depa menipu, cuma jalan dia kurang jelas

my log said...

as we refered back to our recent chat, they have the 'akad', so duit yg dpt tu not a prob. tp maybe ada certain fella yg...hmmm.. u know la kan. tak senang dgn kesenangan org lain. correct me if im wrong. just my opinion.. tak brapa ngertiin selok belok cerita sebenar

eleven said...

tuh la pasal, akad ada, maknanya ada persetujuan, dlam islam, benda ni kira x salah, tp, heh, paham2 la, manusia dan hasad dengki

my log said...

so apa citer produk stromberg tu.. abis JNSS ni kiranya da takder la produk nih. ke ada co. lain amik alih.