Search This Blog

If you've discovered a dead link report it, please. I'll reup everything.

Currently struggling with my new commitment. Head-cracking task non-stop ruining my life and mood.

Suami curang, isteri enggan bermadu


KUALA LUMPUR: Tiada persefahaman, suami curang atau isteri enggan dimadukan serta campur tangan mentua dan ipar duai adalah antara punca utama menyebabkan pasangan suami isteri di negara ini bercerai.

Berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2004, 42.3 peratus kes perceraian berlaku disebabkan tiada persefahaman, curang atau enggan dimadukan (12 peratus), tidak bertanggungjawab (11.5 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar duai (8.8 peratus).

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata punca lain disebabkan ketagih dadah atau alkohol (7.1 peratus), masalah kewangan (1.6 peratus), terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan (1.1 peratus), didera (0.5 peratus) dan faktor lain (12.6 peratus).

Perceraian disebabkan tiada persefahaman kebanyakannya membabitkan pasangan Cina, iaitu 45.8 peratus, diikuti Melayu (44.9 peratus) dan India (20 peratus).

"Punca perceraian pasangan India paling tinggi disebabkan campur tangan mentua dan ipar duai, iaitu sebanyak 30 peratus, Melayu (7.4 peratus), manakala Cina tiada kes," katanya dalam kertas kerja mengenai Profil Keluarga Di Malaysia dan Kesannya Kepada Masyarakat pada Seminar Keluarga Mendepani Cabaran Semasa di sini, semalam.

Aminah berkata, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat juga menunjukkan perceraian wanita Melayu dan Bumiputera lebih cenderung kepada kelompok berusia bawah 25 tahun serta pasangan berumur 40 tahun ke atas.

"Berbeza dengan tanggapan masyarakat bahawa institusi keluarga begitu rapuh dan perceraian kini berleluasa, sebenarnya data menunjukkan bahawa perceraian berlaku di kalangan segelintir penduduk (0.7 peratus) berdasarkan bancian tahun 2000," katanya.

Beliau berkata, pembangunan sosio-ekonomi turut memperlihatkan mereka yang berumur 20-30 tahun dan tidak pernah berkahwin terus meningkat di antara 1991-2000, iaitu daripada 43.2 kepada 48.1 peratus.

Di kalangan wanita berumur 20-24 tahun pula, 68.5 peratus masih belum berkahwin pada tahun 2000 berbanding 60.2 peratus pada 1991 dan 51.3 peratus pada 1980.

Aminah berkata, kajian juga menunjukkan kadar minimum perkahwinan pertama lelaki meningkat daripada 28.2 tahun pada 1991 kepada 28.6 tahun pada 2000.

Katanya, umur perkahwinan pertama untuk wanita meningkat daripada 24.7 tahun kepada 25.1 tahun.


Coretan isi hati
Dari data jadi statistik. Statistik menjadi information. Information menjadi coretan yang memahamkan kita akan kepincangan sosio rumahtangga yang berlaku dikalangan masyarakat di negara kita, khususnya orang melayu itu sendiri. Petikan atas stated, suami curang isteri enggan bermadu, campur tangan pihak ketiga penyebab tercoret hal ini dalam statistik negara. Kalo ditengok pada pengertian cerai, pada apa yang aku faham, cerai bawa maksud tidak sebumbung, berpisah total dan tidak halal lagi bagi silaki untuk menyentuh bekas isterinya. Tapi kenapa. Kenapa ia boleh belaku?. Aku yang tak kawin lagi ni cuba untuk berfikir. Beralaskan apa yang dibaca dan dari situ buat andaian yang logik pada aku.

Kalo kita check balik statistik atas, kadar perceraian dengan usia, kenapa yang dalam kelompok umur 25 ke bawah dengan 40 ke atas disenaraikan. Mula-mula kita tengok yang golongan muda dulu. Adakah yang berumur 25 tahun kebawah tu kawin kerana desakan pihak lain?, kawin berobjektifkan nafsu?, tak serasi. becinta bagai nak rak tapi bila dah akad nikah baru tau pasangannya hampeh, hipokrit macam sial?. Darah muda?. Emosi datang dulu dari pertimbangan. Akal berpandukan nafsu?. Adakah antara soalan-soalan tadi memungkinkan berlaku kejadian ngeri yang makhruh disisi tuhan ini.

Kalo tengok pada yang berumur 40 tahun plak. kenapa? kalau lah pasangan tu kawin awal 20an. Tak ke dekat nak 20 tahun hidup sebumbung, sekatil atau mungkin sebantal. Patutnya keserasian tu dah macam benang yang dah diikat simpul mati. Tapi kenapa boleh jugak jadi gini. Pelik. Adakah mungkin ada perempuan lain menggoda si suami, yelakan. Bak kata orang dulu-dulu, gah lelaki bermula umur 40 tahun. Atau si suami tu hidung belang. Jatuh cinta kat anak dara, tak puas sorang nak cukupkan balance kuota. Atau si isteri dah tak cun macam dulu, mula nampak kedut. Dah tak pandai nak seksi ke, nak berhias untuk suami ke. Adakah antara soalan-soalan tadi memungkinkan berlaku perkara yang boleh merobek hati anak-anak yang dambakan kasih sayang mak abahnya yang ikutkan perasaan atau terpaksa dek kerana keadaan memaksa.

Kalo kita bebalik pada fitrah, insyaAllah takkan belaku perkara memalukan begini. Memalukan?. Aku rasa tak memalukan kiranya ianya berlaku secara baik. Munasabah dan boleh diterima oleh akal yang waras pada sesiapa yang baca atau dengarnya. Ni kalau dengar citer bercerai sebab si laki berselingkuh dengan pompuan lain, pastu lagi nak tegakkan benang yang basah.. hella fakka. Sampai bila orang akan pandang serong
.

2 comments:

anak ahmad no3 said...

setuju....biar kawen lambat asalkan perkahwinan tu kekal dan mendapat keredhaan semua pihak..paliing penting Allah redha pastu diri sendri redha then keluarga dua2 belah pihak pun mesti redha..kompem happily ever after..sebab keredhaan lead kepada "kab baa raa kab alif taa nuun"
klu ada yg macam menentang2 macam abg aku..hold dulu..tunggu dia sejuk sket then teruskan usaha..

my log said...

tu la. faktor luar, pihak ke3 yg biasa virus perosak.