Search This Blog

If you've discovered a dead link report it, please. I'll reup everything.

Currently struggling with my new commitment. Head-cracking task non-stop ruining my life and mood.

Lelaki terkedu lihat tubuh isteri ditindih remaja

KUANTAN: Seorang lelaki yang baru pulang dari menoreh getah terkedu apabila melihat tubuh isterinya ditindih dan dirogol seorang remaja di Taman Maju Jaya, Kemayan, dekat Triang, petang Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, remaja lelaki berusia 15 tahun terbabit yang masih bersekolah menceroboh rumah mangsa ketika suami wanita berkenaan pergi menoreh getah.

Mangsa berusia 35 tahun yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dikatakan tidak berdaya melawan kudrat remaja terbabit sebelum dipaksa berbaring dan dibuka baju.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata kejadian terbabit disaksikan suami mangsa berusia 55 tahun sebaik pulang ke rumahnya.

Menurutnya, remaja terbabit sempat memakai semula seluarnya sebaik menyedari kehadiran suami mangsa yang mengejarnya.

Katanya, remaja itu kemudian cuba berpatah semula kerana mahu mengambil motosikalnya, tetapi gagal sebelum dicekup suami mangsa.

Narenasagaran berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH) dan laporan pemeriksaan menunjukkan mangsa disahkan dirogol.

“Remaja terbabit kemudian diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD), Bera untuk siasatan lanjut.

“Siasatan turut mendapati, mangsa yang mempunyai tujuh anak tidak mampu melawan memandangkan dia seorang wanita OKU,” katanya.

Menurutnya, remaja terbabit kini ditahan di IPPD Bera mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Komen Blogger:
Mangkuknya budak 15 thn malaun haram jadah tu. OKU tu. Orang kurang upaya. Nauzubillah. Takder kata nasihat yang boleh dibagi utk malaun tu melainkan kata nista je. Kalo tak diri sendiri yg sedar, takde sapa blh sedarkan dia nih. Nak kaji pasai apa blh jadi lagu ni. tak payah kaji. sendiri pikir logik dah blh tau. daymn.. really irritates me lepas baca artikel ni.


0 comments: