Search This Blog

If you've discovered a dead link report it, please. I'll reup everything.

Currently struggling with my new commitment. Head-cracking task non-stop ruining my life and mood.

Wanita Ugut Murtad Mahu Taubat

Dari Harian Metro 21 Oktober 2008.



KUALA LUMPUR: Kurang 24 jam selepas laporan mengenai taktik liciknya menghantar SMS murtad kepada orang ramai jika enggan memasukkan wang ke akaunnya didedahkan Harian Metro pada Sabtu lalu, wanita terbabit tampil menyatakan kekesalannya berbuat demikian.

Dengan penuh rasa bersalah dan kesal atas perbuatannya menyebarkan SMS ‘helah murtad’ itu, wanita terbabit mengirim SMS kepada Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Ahmadi Baharudin, meminta maaf kepada seluruh umat Islam dan ingin bertaubat kerana bertindak di luar batasan dengan mempermainkan agama semata-mata mahu mencari wang mudah.

Ahmadi berkata, dia menerima SMS itu pada petang Sabtu lalu dan tidak menyangka pintu hati wanita terbabit terbuka selepas laporan mengenai kegiatannya didedahkan Harian Metro.

“Menerusi SMS itu, wanita terbabit meminta maaf kepada semua umat Islam dan berasa berdosa atas perbuatannya serta berjanji akan bertaubat.

“Dia sedar atas perbuatannya yang sengaja mempermainkan agama adalah dosa besar dan bertanya kepada saya bagaimana melakukan solat taubat,” katanya.

Katanya, wanita terbabit turut meminta bimbingan mengenai perkara berkaitan agama supaya tidak terpesong dengan melakukan perbuatan yang boleh ‘menghanyutkannya’.

Bagus la kalau nak taubat. Alhamdulillah. tp tu lah, bepada2 kalau nak buat sesuatu. jgn kuarkan statement mcm org bodoh takder otak. sedangkan api mancis pun jgn buat main, ni kan plak.. [bekata pada diri aku sama]

0 comments: