Search This Blog

If you've discovered a dead link report it, please. I'll reup everything.

Currently struggling with my new commitment. Head-cracking task non-stop ruining my life and mood.

Pelajar pukul cikgu

Oleh Syed Ridzuwan Syed Ismail (Utusan.com.my - 17 Oct 2008)


KANGAR 16 Okt. - Dua orang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini didakwa menendang dan memukul seorang guru Fizik berusia 27 tahun setelah dipercayai tidak puas hati dengan tugasan kerja kursus yang diberikan kepada mereka.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kedua-dua pelajar tingkatan dua itu dikatakan dipanggil guru berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkataan kesat yang ditulis dalam kertas kerja kursus yang dihantar.

Menurut seorang guru sekolah tersebut yang enggan dikenali, kejadian berpunca daripada keengganan pelajar itu untuk menghantar tugasan yang diberikan kepada mereka beberapa minggu lalu.

Katanya, pelajar itu gagal menghantar tugasan yang diberikan dan hanya menghantar kepada guru tersebut hari ini selepas diminta berulang kali.

"Tetapi apabila tugasan dihantar terdapat perkataan kesat ditulis dalam buku tugasan mereka dan guru itu memanggil dua orang pelajar tersebut untuk mendapatkan penjelasan tetapi mereka bertindak di luar dugaan apabila memukul dan menendang mangsa beberapa kali.

"Guru itu yang terkejut dengan tindakan pelajar tersebut cuba mempertahankan diri dan berlaku sedikit pergelutan antara mereka," katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun guru wanita itu difahamkan hanya mengalami cedera ringan tetapi enggan ditemuramah pemberita kerana masih trauma dengan kejadian tersebut.

Difahamkan selepas pergaduhan itu, pelajar berkenaan yang dipercayai turut terlibat dalam kegiatan gangsterisme masih tidak berpuas hati dan bertindak memanggil beberapa rakannya yang lain untuk mencari guru itu.

Insiden yang berlaku dalam kelas itu sempat dirakamkan menggunakan telefon bimbit oleh seorang guru lain yang kebetulan melalui kelas terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Md. Diah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

"Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Haram jadah punya lahanat 2 ekor malaun tuh. dimanjakan sgt budak2 la nih. pastu dah tak dikasik rotan budak2. kejadahnya. abis tu budak buat salah didodoi lg.. sian mak pak 2 ekor tu. sampai ke mati la ilmu yg dpt tak berkat slagi tak mintak maap. nnt blh la citer kat anak2, "masa mak sekolah dulu mak hebat.. mak begaduh dgn cikgu. bangga sungguh mak masa tu, siap masuk sokaba lagi.". mak abah salah? tak didik anak bebaik? aku tak rasa gak. ada mak pak didik sebaik abis. tp anak tu yg setan. lebih utamakan kawan. sgala kata mak pak tolak tepi. kawan no 1. tu yg jd lagu ni. gangterism. bullshit. ang pukul org ..ingat2 skit org lain pun blh buat camtu kat ang. takpun 20 thn nnt. anak2 ko plak ke yg kena. tu plak pukul sampai mati. br ko ingat bahana perbuatan ko masa muda2.

0 comments: