Search This Blog

If you've discovered a dead link report it, please. I'll reup everything.

Currently struggling with my new commitment. Head-cracking task non-stop ruining my life and mood.

Najis Dan Ulat Termuntah Dari Mulut Mayat (pedoman & ikhtibar)

Diceritakan oleh USTAZ ABU BAKAR ABDUL AZIZ



PERISTIWA itu berlaku dua hari lagi sebelum pilihan raya. Nama tempat dan nama orang yang meninggal tidak dapatlah saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anaka Allahyarhma menguruskan jenazah bapanya.

Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mngubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh baca al-Quran.

Tetapi apabila saya hendak balik, anak Allahyarham datang dan menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya boloeh menguruskan jenazah atau tidak. Kawan saya kata, dia tidaka tahulah, tapi cuba tanya saya sendiri. Anak Allahyarham datang menemui saya. Saya bersetuju kerana jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama. Saya pun pergi ke rumahnya.[...]

Tetapi apabila saya masuk ke rumah Allahyarham, saya dapati bau jenazah itu sangat berlainana. Baunya cukup pelik dan sangat busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tapi tak pernah saya bertemu dengan mayat sebusuk ini.

Apabila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh macam-macam perasaan...takut, cemas, kesal dan macam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah.

Kemudian saya pun ambil kain kapan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang telah mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.

Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk membolehkan najis keluar.

Maka saya pun urut-urutkan perut Allahyarham. Tetapi apa yang berlaku pada hari itu sangat mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar dari dubur mayat tadi, tetapi melalui mulutnya.

Lain macam saja ni, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urut lagi perutnya. Tetapi najis keluar lagi dari mulutnya. hati saya berdebar-debar. apa yang sedang berlaku didepan saya ni?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Apabila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih.. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskannya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Anehnya, bagaimana dalam tempoh singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa?

Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku kepada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka.

Saya kata kepada mereka,"Inilah ujian Allah kepada kita." Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu saya pergi memanggil semua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya lelaki. Seorang berada di luar negara dan enam lagi berada di sini.

Apabila kesemua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tuk imam, tuk bilal atau tuk siak.

Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah , apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada bilah kipas meja. Subhanallah.

Suasana menjadi makin panik. Saya erus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kapan.

Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak izinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris terdekat sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.

Takdir Allah jua yang menetukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kapan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kaki, tidak ada lebih. maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan seperti kain kapan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kapan itu menjadi tidak berapa elok, tapi apa nak buat, itu saja yang boleh saya lakukan. Dalam masa yang sama saya berdoa kepada Allah, "Ya Allah, janagan kau hinakan jenazah ini ya Allah. Cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini."

Selepas itu saya beri taklimat tentang sembahyang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan, yang hadir cuma 13 orang sahaja. Selepas sembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantar ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, polis dan sebagainya tapi peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan.

Dalam keadaan itu. seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya tunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, "Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk angkat jenazah itu sebab semasa hayatnya, dia tak pernah benarkan kita naik keretanya."

Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu bawa balik vannya. Selepas itu muncul seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk bersihkan 'keretanya' itu.

Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul 'kereta' tersebut, tapi dalam keadaan basah kuyup. 'Kereta' yang dia maksudkan itu sebenarnya lori dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkah kita satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam.

Dalam perjalanan menuju kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua orang pembantu saya supaya ahli masyarakat tidak payah bantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi ke kubur saudara-maar dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil.

Rupa-rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi-takdir Allah yang terakhir, yang amat memilukan. Apabila sampai saja jenazah ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga orang lagi turunkan jenazah.

Takdir Allah, apabila jasad jenazah mencecah sahaja ke bumi, tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang mana asalnya kering. Hari itu tidak ada hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya.

Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendalkan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia terlentang atau terlungkup... tak ada harapan untuk mendapat syafaat nabi.

Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan apabila hujan ia tidak mendap.

Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya takut, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, kubur itu tidak dikambus hingga permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur yang berlubang.

Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talkin, saya tengok tanaha yang diinjak itu ada serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kali peristiwa seperti ini terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan pengebumian secepat mungkin.

Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan Allahyarham semasa hayatnya. Apakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu, rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim?

Isteri Allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telepfon rumah. Tapi sedihnya sehingga sekarang, tidak seorang pun anak Allahyarham menghubungi saya.

Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita, adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa, anak atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku lagi berulang-ulang kali dan hingga sampai satu masa nanti, menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?
Ehsan: Yatie

0 comments: