Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh
tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang
berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar." Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cubamenakutkan anak aku ye?"
Bangang punya laki..
Hahaha!!!
Before the marriage:
He: Yes. At last. It was hard waiting.
She: Do you want me to leave?
He: NO! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course!
She: Have you ever cheated on me?
He: NO! Why you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Yes!
She: Will you hit me?
He: No way! I'm not such kind of person!
She: Can I trust you?
Now after the marriage you can read it
from bottom to the top !!!!
Kasih seorg Insan benama Muhammad.. ~renungan~
Sesungguhnya Nabi Muhammad amat sayang pada kita umatnya. Bagaimana kita?
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah...
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang
mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri
dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan
nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia
tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah
ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya
pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia
menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat
lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,
matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai RasulAllah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk
semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan
lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada
umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan,berakhirlah hidup
manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa
salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai
Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka
Karangan budak darjah 4
Pagi itu pagi minggu.Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
inilah pengaruh tv kepada budak2 zaman sekarang..hmm masa depan nanti tak taulaa camner
Kalu Pasal Sembahyang, Boleh Pulang Awal.....!
Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer!Alasan lain tak boleh.
Tau-tau macam tu tiba tiba je ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik
awal..
Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi,lagi banyak pahalanya..!
Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pekerja 3: A'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat kerja..
Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kata dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu menunggu!!!
Pekerja 4 : Tima Acih Boss!!!Heee. .hee
Otoha - Ichibyo no Refrain (Get backers End. 1)
download: Otoha - Ichibyo no Refrain 
Lirik:
Ima wa mada hi mo tokenai mune no oku no garasu saiku
Shinjiteru anata dake wo kanjiteru rifurain
Arukinareta eki made no michi nori mo
Ame no hi ni mochidasu kasa no hana mo
Atsumatta oki mari no tomodachi mo
Kaerezu ni kaerezu ni motareta hambaiki mo
Doko ni mo mitsukaranai kokoro wa tsunao ni narenai
Sekaijuu doko ni anata wa iru no
Kurikaeshi sagashitsuzuketeru
Ima wa mada hi mo tokenai mune no oku no garasu saiku
Hontou no watashi no koto mada dare mo shiranai
Usotsuite tsukuri warai itsu mo dokoka samishikatta
Shinjiteru anata dake wo kanjiteru rifurain
Akogareteta tooi hi no omokage mo
Kanashimi wo furutte kureta hito mo
Itsu no hi ga hanareteku tomodachi mo
Aitakute aitakute kogareteta ano hito mo
Ima wa mou kokoro no oku daiji na omoi de mune ni hi me
Sekaijuu dare yori anata no koto wo
Kurikaeshi sagashitsutzuketeru
Ima wa mada hi mo tokenai mune no oku no garasu saiku
Hontou no watashi zembu anata ni wa misetai
Kikoeteru? kikoetenai? watashi no koe tooku you ni
Shinjiteru anata dake wo kanjitai rifurain
Ima wa mada hi mo tokenai mune no oku no garasu saiku
Hontou no watashi no koto mada dare mo shiranai
Usotsuite tsukuri warai itsu mo dokoka samishikatta
Shinjiteru anata dake wo kanjiteru rifurain
Labels: getbackers, Japan, MP3, otoha
Online picture @ photo editing
site: Splashup
Screenshots:
Labels: Sites


